Happy Teachers Day
Sebenarnya Atin update awal sikit kerana esok Atin busy sangat. (Mengalahkan Najib)
Esok Atin ada kelas akaun yang diketuai oleh Syasya Nurain.
Nak siapkan kerja khusus yang ditangguhkan disebabkan exam mid year.
Lepas tu Ahad ni, Atin nak hangout sat dengan Aina dan pulangkan gambar kawan Atin tu. (Siapa?? Biarlah rahsia).
Ok stop. Kita berhenti takat situ ye, mari kita sambung pasai Hari Guru.
Tapi kenapa Atin letak gambar parents Atin??
Sebabnya parents Atin adalah seorang cikgu.
Happy Teachers Day to Cikgu Shaiful Fairuz dan Cikgu Shuhada.
Mereka berdualah guru pertama yang Atin lihat selepas lahir kedunia.
Bohonglah kalau kata cikgu tadika adalah cikgu pertama yang mengajar korang.
Macam mana korang bercakap dengan kawan - kawan ketika tadika sedangkan time tu korang belum start belajar lagi.
Sebelum belajar benda - benda lain, kita mesti tahu asas kan?
Parents kita lah yang mengajarnye.
Sebenarnya, menjadi seorang guru adalah tiket untuk ke syurga tau.
Sebab apa Atin cakap macam tu?
Ye lah, cuba korang fikir....(Merenung jauh)
Cikgu ni seorang yang sabar, dia beri ilmu pada kita (macam pendakwah), baik hati dan lain - lain lagilah.
Tapi apa yang kita buat??
Buat bising jer dalam kelas.
Kesian cikgu.
Maafkan Atin cikgu....
Tapi time ni lah Atin paling seronok sebab dapat buka hadiah anak murid Mama dengan Abah bagi.
(Maklumlah cikgu kesayangan).
Abahlah paling sporting.
Apa yang Atin nak, Abah akan bagi (Hoorrrayyyy).
Sebelum Atin log out, Atin nak ucapkan terima kasih pada parents Atin yang mengajar Atin tentang dunia ni, asas untuk belajar dan sebagainya.
Dan tak lupa juga pada cikgu - cikgu yang mengajar Atin di
TADIKA UMMI & TADIKA....(apa entah Atin lupa)
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG,
SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, PERLIS
dan yang terbaru ialah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI.
Dan kepada guru - guru tusyen Atin (Atin bukan fokus sangat dalam kelas tusyen)
Tahun ni jer lah Atin boleh panggil pengajar di sekolah Atin tu dengan panggilan CIKGU, masuk universiti mana boleh dah.
Kena panggil Puan & Tuan.(Pensyarah lah katakan)
TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR ATIN YANG AGAK BENDUL NI...
Najwa Latif feat Upin & Ipin - Terima Kasih Cikgu
Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

No comments:
Post a Comment