Tuesday, December 29, 2015

Goodbye 2015



Goodbye 2015


Hello.
Emm..Ini adalah entry yang terakhir bagi tahun 2015 and the last one for forever.
Sya ingat tak mahu dah tulis entry sebab Sya bukan pandai nak berblogger ni.
Tak macam Cik Epal (http://cikepal06.blogspot.my/).
Wah kalau korang tengok blog Cik Epal memang best giler terutamanya bila Cik Epal ni post gambar seketul Han (Comel giler).

But the way, Sya sebenarnya nak bagitau tentang diri Sya sendiri.
Sya akan bagitau kira - kira 25 fakta tentang Sya.
Kenapa 25?
Sebabnye Sya suka nombor 25 lagipun birthday Sya pada 25/09
Oklah kita mula dengan nombor 1.

  1. Nama penuh : Nur Fatin Syakirah binti Shaiful Fairuz
  2. Anak kedua daripada 4 adik - beradik
  3. Sya lebih suka panggil Sya, Ira or Syakirah.
  4. Sya suka subjek yang perlu kira - kira (Walaupun kadang - kadang ia menyakitkan kepala tetapi lebih baik daripada memikirkan ayat yang sesuai untuk tulis esei) 
  5. Sya suka warna hijau since year 5#primaryschool and pemandangan yang cantik .
  6. Makanan kegemaran Sya ialah masakan mama dan maggi goreng yang pedas.
  7. Sya sangat cerewet dalam banyak benda.
  8. Sya suka kumpul pen warna dan buku lukisan.
  9. Sya suka orang yang bernama Adam kalau boleh Sya nak semua orang bernama Adam tetapi mesti akan jadi masalah bila semua orang bernama Adam.
  10. Sya teringin bukan Sya berazam untuk pergi ke universiti di Jepun dan ke Mekah untuk buat haji bersama keluarga Sya dan suami Sya. (Insha Allah)
  11. Sya tak suka kongsi barang Sya dengan orang lain. (Teramatlah tak suka)
  12. Sya lebih suka buat kerja sendirian daripada berkumpulan. 
  13. Sya nak lupakan semua kenangan buruk terumatanya pak cik "Squidward".
  14. Sya tak suka chat dengan orang walaupun orang tu adalah orang yang Sya kenal.
  15. Kalau boleh Sya nak kahwin dengan orang mualaf yang masuk Islam kerana Allah bukan kerana cinta.
  16. Apa yang Sya cakap, Sya maksudkannya walaupun kadang - kadang hati dan mulut Sya tak pernah nak bersepakat.
  17. Sya suka komik Jepun berbanding novel. (Kenapa?)
  18. Sya suka dengar lagu (Lagu Sya sekarang ada 2 000 lebih) and Sya suka tangkap gambar.
  19. Sya suka benda - benda comel and cantik but sometime I like creepy thing. But mostly simple thing.
  20. Sya kalau suka sesuatu, Sya akan bersungguh - sungguh untuk dapatkannya.
  21. Sya suka lelaki yang suaranya merdu, nampak gagah tetapi membuat Sya ingin melindungi dia.
  22. Sya adalah peminat band Jepun berbanding band Korea.
  23. Sya suka baby tetapi kurang suka budak - budak sebab bila depa besar, depa sangat buas.
  24. Sya nak rumah dua tingkat dan ada balkoni serta bilik permainan.
  25. Sya suka Playstation.
Oklah, ini fakta tentang Sya dan tamatlah sudah blog ni.
Takkan ada lagi entry baru atau blog baru sebab career Sya sebagai blogger sudah tamat tempoh.

Sya nak tambah sikit lagi, Sya tak suka orang asing jaga rumah Sya ataupun anak - anak Sya sebab orang asing ni bukan boleh percaya sangat.
So Sya terfikir patut ke Sya bekerja?